Ok, topik hari ini agak menarik dan tak pernah didengari. *juga tak terkenal* Maybe, ramai orang yang pernah dengar pasal FaceBook tapi tak pernah dengar FaceRock. Well, apakah FaceRock itu? Actually, kalau di'translate'kan dalam Bahasa Melayu, akan menjadi MUKA BATU. Itulah maksudnya :)
Kalau nak difahamkan betul-betul, muka batu merujuk kepada orang yang selalu tiada expression pada mukanya. Contoh terdekat yang saya boleh bagi ialah; SAYA~! *saja buat2 eksited* Ada ke antara 'stalker-stalker' saya yang rasa kenyataan saya itu tak benar? Sila angkat tangan! Jangan garu kepala sudah la..
Kawan-kawan sekelas saya lebih mengenali saya. Mereka akan tahu dengan baik sikap dan sifat saya. Especially, muka batu saya. Saya rasa, satu tingkatan sedar yang saya selalu ber'muka batu'. Tapi, mereka mungkin menganggap saya seorang yang sombong. Ok, kenyataan itu tadi amat salah! Saya tidak sombong. I'm just FaceRock. OK?? My FaceRock is such an annoyance to people who watched it. So, jangan tengok.haha~
Sejujurnya, susah untuk saya kawal expression saya ini kerana saya sendiri sudah terbiasa dengan habit ini. Lagipun, perlukah saya senyum sentiasa? Ok, saya admit bahawa 'senyum itu sedekah'. TAPI! kalau hendak difikir-fikirkan kembali. Perlukah kita senyum jika takut ada orang akan terpikat dengan senyuman kita? *er..macamlah senyuman saya ni menarik sangat* Bukan saya hendak mengatakan bahawa senyuman saya ni sweet la.. manis la.. BUKAN!!! Saya cuma hendak mengelakkannya terjadi SAHAJA!
Dengan family and friends (girls only), saya boleh senyum sebebasnya~ Seronok bila ingat kembali :) Saya admit bila saya taip ":)", saya sendiri tak senyum. Ada ke patut saya senyum depan PC? :P
Tapi, habit saya ini juga menjadi problem bila student's' sekolah saya mula mengatakan yang saya sombong. Saya selalu luahkan perasaan dalam hati sahaja. Tiada siapa yang dengar. Lonely tak saya? *ayat agak pasrah* Kalau saya nak explain pada kawan-kawan saya tu, ada problem lagi... because saya ni
pemalu.. Kecil sangat ke? Boleh baca tak? Bagi sesiapa yang baca perkataan kecil tu. Maybe dia akan gelak sebab it MAYBE too IMPOSSIBLE for me to be
SHY. Di FaceBook or kat mesej or mana-mana, saya selalu buat lawak bodoh. Itu sebab saya tak face to face dengan tuan punya diri. Bila face to face, mula lah nk senak perut la, pening la, itu lah, ini lah..
Eh2.. saya dah tulis banyak yang mengarut-mengarut dah ni. hehe~ maaf-maaf.. Setakat itu sahaja post saya hari ini. Till then :) Salam
(My Doodle of Me)
p/s: Insyaallah, saya akan cuba ubah habit tu ;)