Assalamualaikum. post Najwa kali ni dalam Bahasa Melayu. Kenapa? Sebab yang pertama, Najwa kurang mahir Bahasa Melayu. Dan.. Bahasa Melayu memudahkan Najwa untuk meluahkan perasaan.
Oke, hari ini, Najwa telah didahkan dengan 'Bahaya Syiah'. Sememangnya tajuk itu BEST sangat! Ramai pelajar SMKAP yang teruja. Bagi yang masih belum menyedari, Syiah telah lama terbentuk dan kini TELA berada di MALAYSIA. Tetapi Syiah pada zaman dulu tidak seperti sekarang kerana pada zaman dahulu, Syiah tidak ada perbezaan aqidah mahupun ibadat juga amalan daripada agama Sunni. Perbezaannya adalah dari segi politik sahaja.
Tetapi kini, banyak yang telah berubah. Mungkin kita terpengaruh dengan sifat zuhud, tidak cintakan harta di dunia, tegas juga berani yang dipamerkan oleh mereka namun disebalik semua itu, banyak lagi yang masih kita tidak ketahui. Najwa pun baru sahaja tahu tentang semua itu hari ini. Alhamdulillah, semua itu banyak membantu Najwa.
Sungguh, Najwa sedar dengan kecetekan ilmu Najwa. Contohnya, Najwa langsung tidak tahu yang Syiah (zaman sekarang) adalah pihak yang telah membantu Amerika menyerang Iraq dan Taliban. Najwa tahan segala rasa sedih apabila ustaz menunjukkan video ini. (well, I'm acting to be cool)
PERINGATAN: perlahankan volume anda kerana video ini agak kuat bunyinya.
Bagi yang merasakan video ini TAK PERLU ditonton, ubahlah persepsi anda. Cuba rasai kesusahan hidup golongan yang ditindas. Bantulah mereka. Sekurang-kurangnya, BERDOALAH untuk mereka. najwa ringkaskan apa yang ditunjukkan oleh video ini:
Video ini adalah tentang satu bual bicara Arab. Seorang muslim telah menelefon dari Iraq. Bukan kerana beliau inginkan perhatian, tetapi kerana beliau diamanahkan oleh orang ramai untuk mengadukan kepada syeikh-syeikh tersebut. Beliau meluahkan perasaannya. Beliau sedih, beliau terseksa, beliau pilu, beliau perlu bantuan. Beliau sedih kerana bapanya yang bernama Abu Bakar dibunuh, anak perempuannya yang bernama Aisyah dibunuh juga anak lelakinya yang bernama Umar dibunuh. Bukan kerana mereka melakukan kesalahan yang berat. Hanya kerana mereka dinamakan sempena nama para sahabat nabi juga para Ummahattul Mukminin. Warga emas dipukul. Janggut mereka dikotorkan. Pejalan kaki dibakar. Orang ramai dipenjara. Hanya kerana mereka dinamakan sempena nama para sahabat nabi juga para Ummahattul Mukminin.
Najwa cuba untuk tidak menjadi hipokrit atau munafik. Sesungguhnya, Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'araf ayat 175-177:
175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
Najwa amat risau kerana Allah telah menyatakan azab yang akan diberi kepada orang yang menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukannya. Walaupun begitu, Najwa ingin menyebarkan perkara yang benar. Segala apa yang Najwa coretkan ini bukanlah untuk menarik perhatian orang lain. Niat Najwa hanyalah untuk menyebarkan ilmu juga perkara yang benar.
Teman-teman, kuatkan iman kalian. Walaupun iman Najwa sendiri masih belum teguh, ingin Najwa ajak kalian untuk sama-sama kita kuatkan iman kita.