"Banduan 650."
Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon
dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan
nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan
anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha
Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:
"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!”
(Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku
Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui
isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata
pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/
)
Siapakah Aafia?
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat
Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD
dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari
institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran
dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding
dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun
tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan
diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka
hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang
dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita
tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan
Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa
sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah
terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa
kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang
tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama
skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne
tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol
setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan
tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh
pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat
meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun
tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama
Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang
askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik
apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut
dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh
melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar
Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan:
http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di Fort Worth, Texas,
dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan
dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga
dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara
sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk
berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa
beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus
kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia
menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan
Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam
kita ini. Beliau dijangka dibebaskan pada 08-06-2083. (ruj:
http://www.bop.gov/iloc2/InmateFinderServlet?Transaction=NameSearch&needingMoreList=false&FirstName=Aafia&Middle&LastName=Siddiqui&Race=U&Sex=U&Age&x=82&y=3)
Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik
buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim
dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam
penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.
"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah
kami umat Islam! Aamiiin."
Justice for Aafia.