Nabi vs Artis. Siapa yang menang?
Kalau nak banding kekuatan, memang Nabi Muhammad yang menang.
Kalau nak banding kekacakan, Nabi Muhammad yang menang. Kalau nak banding
kebaikan, Nabi Muhammad yang menang. Ya. Memang Nabi Muhammad yang menang.
Dialah yang sempurna, sebaik-baik manusia.
Apa yang saya nak bincangkan di sini, bukan nak sentuh tentang
personaliti atau perihal Nabi Muhammad mahupun Artis... TAPI!Tentang kasih sayang kita terhadap kedua-dua insan
tersebut. Jika ustaz/ustazah tanya di sekolah...
"Sayang tak nabi?"
"SAAAAYAANGG sangat!" Kita jawab. Kan2..
Kalau kita sayang Rasulullah, kenapa kita tak cuba tegakkan syiar
Islam?
Kalau kita sayang Rasulullah, kenapa kita tak ikut sunnah baginda?
Kalau kita sayang Rasulullah, kenapa kita tak selawat ke atas
baginda?
Kalau kita sayang Rasulullah, kenapa kita tak doakan baginda?
(especially selepas azan)
Instead....
Bibir kita selalu basah dengan bait-bait lagu dan perkara-perkara
tak berfaedah, etc.
Mata kita selalu tengok maksiat. Tengok AJL, Anugerah Muzik Muzik,
MaMA, etc.
Kaki kita selalu jalan ke tampat maksiat. Mendekati port orang
berdating, etc.
Tangan kita selalu lakukan perkara yang dapat mendatangkan
maksiat. Klik laman web yang tak berfaedah, etc.
Fikiran kita kotor. Kotor dengan perkara-perkara maksiat. Fikirkan
rupa artis-artis, fikirkan "Kenapa artis ni tak menang anugerah eh?"
kemudian menjadi beremosi (kalau menang menangis sebab terharu, kalau kalah pun
menangis sebab frust). Am I wrong?
Masih tak mengaku? Nak bukti?
Kalau kita tak sayang artis lebih daripada kita sayang
Rasulullah...
Kenapa dalam Facebook/Twitter/etc kita ada gambar mereka?
Kenapa perlu ada anugerah-anugerah untuk artis?
Kenapa rancangan tv yang berunsurkan Islamik tak banyak kalau nak
dibandingkan dengan sinetron/drama/etc?
Kenapa kuliah agama tak ramai yang hadir kalau nak dibandingkan
dengan konsert?
Kenapa dalam phone kita banyak lagu-lagu yang melalaikan kalau nak
dibandingkan dengan ayat Quran/zikir?
Fikirlah wahai saudara-saudara se-Islam sekalian. Fikirlah tentang
kasih sayang Rasulullah terhadap kita. Saat sakaratul maut menghampiri, Baginda
masih teringat akan umatnya. Baginda menangis apabila terfikirkan nasib
umatnya. Kita? Bagaimana pula reaksi kita apabila diceritakan tentang
Rasulullah? Nothing? Sedih?
Para sahabat, contohnya Bilal bin Rabah. Bilal menangis, menangis
ketika dia melaungkan azan. Kenapa? Kenapa Bilal menangis? Sebabnya adalah...
terdapat kalimah "اشهد ان محمدا رسول الله". Tiap kali Bilal perlu melaungkan
kalimah tersebut, Bilal teresak-esak. Sungguh, dia tidak mampu mengucapkannya
kerana teramat sangat rindu kepada Rasulullah. Kita bagaimana?
Wallahu ta'ala 'alam bissawab.